Monday 8 July 2013

Rumah

starting new post with Bismillahirrahmanirrahim. =)
first of all, Assalamualaikum everyone! Sorry for not updating my blog so long. previously, blogging wasn't in my priorities and it was not really because i didn't have time.  =(. i was just being lazy. by the way,  i'm going to break my rules and write in Malay in this post.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahabat, aku menulis kejadian hari itu bukan untuk mengaibkan sesiapa. Percayalah. Aku cuma ingin berkongsi rasa dengan orang lain. Tak semua faham apa yang aku rasakan malam itu. Tak semua memahami air mata itu. Semua orang bebas menafsir, meneka apa ertinya tangisan itu. Tapi mungkin cuma aku yang memahami tangisan aku sendiri.

Malam itu menjadi saksi. Ukhwah kita belum mantap. Rapuh. Jauh lagi nak sampai tahap Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar. Rasulullah dengan Saidina Ali. Harits bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahl, Iyash bin Abi Rabiah dalam Perang Yarmouk.Pertaruhkan nyawa untuk sahabat.

"Ingatkan diorang mudah mengalah..."
Bagai direntap hati ini, saat mendengar kata-kata itu. Air mata yang cuba diseka tak dapat lagi ditahan. Umpama mengantuk disorongkan bantal. Begitulah juga aku. Umpama sebak disorongkan bahu. Mencurah-curah air mata yang turun. Sampai basah tudung labuh sahabat tu. Maaf. Ramai yang tercengang. Perlu ke menangis? I'm sorry. Emosi tak stabil kut malam tu.

Perebutan rumah. Perebutan ahli rumah. Skrip sama barangkali. Cerita sama diulang-ulang setiap tahun mungkin. Cuma pelakonnya yang berbeza. 

Semua ada keinginan masing-masing. Semua ada sebab tersendiri mengapa nak sangat rumah itu. Kadang-kadang rasa tersepit. Pertahankan hak yang diperoleh dengan adil atau korbankan perasaan sendiri dan lepaskan rumah tu. Mungkin sebab dah biasa beralah, memang kalau keputusan itu hanya aku sahaja yang putuskan, aku lepaskan sahaja rumah tu. Tapi bakal teman-teman serumah aku, nak juga pertahankan rumah itu. Ditambah aku sendiri juga pernah berasa cemburu dengan rumah yang cantik itu. Pernah berimpian nak duduk kat rumah tu. 

Maka, aku tidak bersuara melepaskan rumah tu. Walau hati menjerit "bagi je la" namun aku lemah untuk itsar dengan sahabat-sahabat. Rumah je pun. Takkan tak boleh nak korbankan. Rasa lemah sangat iman. Rasa tak berguna. Rasa useless sangat. Rasa macam Allah juga tak redha. Kalau Rasullah berada dalam situasi ini, apa agaknya Rasulullah buat? Perang monolog ini yang membuat hati aku sebak, lalu gugurlah air mata itu. Eceh.

Aku cuba berprasangka baik dengan bakal teman serumah aku yang mempertahankan rumah itu. Walau pun mereka mengatakan mereka nak rumah yang mengadap KLCC, tapi aku percaya tidak semurah itu alasan mereka. Percaya mereka punya alasan tersendiri. Esoknya, aku kuatkan diri, bertanya dengan mereka. 

Betul. Mereka punya alasan. Sesuatu yang kalau aku tidak bertanya mungkin aku tidak tahu. Betul kata salah seorang sahabat. Never assume, Ask! Aku tidak berada di situasi mereka. Maka aku tidak mengerti. Rupanya malam itu, mereka juga menangis. Cuma mereka lebih tabah dari aku. Mereka punya misi yang mulia aku kira. Misi dakwah. Sesuatu yang aku tak terfikir untuk lakukan. Aku percaya dengan mereka. Aku yakin dengan mereka. Aku cuba berjalan dengan memakai kasut mereka. Cuba melihat kehidupan dari tingkap mereka. 

Tapi aku lebih selesa memakai kasut sendiri. Aku juga akan mempertahankan rumah itu seandai aku  berfikiran sama dengan kalian malam itu, hanya jika aku tidak punya kepentingan peribadi. Terasa malu dengan Allah.

Itsar itu susah. Itsar itu kita yang kena buat bukan mengharapkan sahabat kita yang buat. Itsar tak perlu berharap dibalas. 

Kalau belum mampu itsar, sekurang-kurangnya bersangka baiklah dengan sahabat. Janganlah dikeluarkan perkataan yang tidak baik. Bukankah mata pena lebih tajam dari pisau? Sekali pun hanya menggunakan instagram, Facebook mahu pun Twitter. 

Kita tak selalu dapat apa yang kita nak, tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jom tadabbur al-baqarah, 216. 
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. "
Saat ini ukhwah kita diuji sedar tak sedar. Antara serendah-rendah ukhwah (bersangka baik), dan setinggi-tinggi ukhwah (isar).
Wallahua'lam.

Ni yang aku postkan kat group sebelum peristiwa malam bersejarah itu. Betul. Kita akan diuji dengan apa yang kita cakap. T_T.

Tapi sungguh, drama "Rumah" ini membuka banyak hikmah. Lebih2 lagi bagi yang kononnya sangat 'islamik' ni, janganlah terlalu mudah melabel kawan2 dengan mengatakan contohnya, "aku tak nak duduk satu rumah ngan dia tu, dia tu suka buat benda lagha" atau "dia tu tak suka solat berjemaah" atau "dia tu makan banyak" (ayat2 rekaan semata-mata). Jangan. Jangan. Jangan.

Seriously, ini adalah peringatan untuk diri sendiri. Tahun depan mungkin ada season 2. Tahun depan lagi satu mungkin ada sekuel tajuk "Group Posting". Konflik sama. Cerita cliche. Akan ada yang nangis. Akan ada yang kena beralah. Akan ada yang tegas. But, in the end i believe all these will strengthen our ukhwah by time. InsyaAllah. =) sengih.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Post tertangguh. Selamat beribadah di bulan Ramadhan!



No comments:

Post a Comment